Serbuk Cili Kering HANGAT

Resepi Pilihan: Asam Pedas Melaka

May 21, 2017 Uncategorized 0

Resepi dan Gambar dari Blog Azie Kitchen.

Asam Pedas Melaka

Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:

1 ekor ikan merah – potong 6 keping atau 5 ekor ikan
1 sudu kecil pes asam jawa – jgn terlalu banyak, terlebih masam tak sedap

Garam

2 sudu ketumbar biji – tumbuk
2 sudu jintan manis – tumbuk
5 sudu serbuk cili kering HANGAT – boleh tambah/kurang secukup rasa

Bahan kisar:

8-9 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup
2 inci halia
Cara cara:

Kisar semua bahan di atas. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar, bahan tumbuk dan serbuk cili kering HANGAT sehingga wangi dan cili benar benar garing dan masak. Masukkan air secukupnya.

Bila kuah mendidih, masukkan ikan. Masukkan garam dan air asam secukupnya. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *